SEJARAH PENUBUHAN RUMAH GEMILANG SIK  

Posted by: rumah gemilang in


SEJARAH PENUBUHAN.


Rumah Gemilang diwujudkan pada 8 september 2000 di bawah Pertubuhan Asuhan Dan Didikan Anak-Anak yatim Dan Miskin Daerah Sik (ADIK) sebagai sebuah Badan bukan Kerajaan (NGO). Lokasinya terletak di Kampung banggol Derdap Sik, Kedah. Kronologi penubuhan Rumah Gemilang adalah rentetan daripada Rumah Puteri Maryam yang telah dipindahlan ke kompleks bangunan anak-anak yatim menerusi peruntukan bangunan oleh Pejabat Daerah Sik. Kini Rumah Gemilang berdiri teguh meneruskan usaha untuk membantu anak-anak yatim dan miskin Daerah Sik.


OBJEKTIF

1. Membantu dalam pembangunan individu dari segi mental, fizikal dan rohani seiring dengan keperluan pembangunan insan.

2. Mengenalpasti sumber-sumber yang boleh memperkasakan individu tersebut.

3. Menjadi sebuah institusi sosial yang mampu memberi sokongan terhadap kecemerlangan individu seterusnya melahirkan individu yang berdaya maju.


MATLAMAT

1. Menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi pembangunan insan.

2. Mengeluarkan individu dari kepompong kemiskinan.

3. Meningkatkan tahap sosio-ekonomi menerusi pendidikan yang berterusan sama ada dalam bentuk formal dan tidak formal



VISI

Pengurusan rumah gemilang yang bersih , cekap dan amanah demi menjana modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat

MISI

1) Mengadakan sistem pengurusan kewangan dan harta benda yang
berhemah dan telus
2) Mewujudkan sistem dokumentasi yang selamat dan kemaskini
3) Berusaha mengumpul dan mengukuhkan sumber kewangan termasuk
sumber kewangan tetap yang boleh menjamin kesinambungan misi
dan visi
4) Menyediakan keperluan hidup yang sederhana , selesa dan selamat
kepada penghuni
5) Melahirkan penghuni yang mempunyai jatidiri yang tinggi , berdaya
saing , berdikari dan berguna kepada agama , bangsa dan negara
6) Mewujudkan kerjasama dengan semua pihak yang boleh membantu
ke arah mencapai misi dan visi ( adik )


Sumber : http://hsl.kedahan.net/rg/index.php

http://rumahgemilang.blogspot.com


This entry was posted on 4:48 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment